SENI SUARA
hay temen2 kali saya akan membahasa sedikit tentang kesenian.. khususnya seni suara.
.
Dalam seni suara kesenian Melayu dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu :
- Seni Vokal
Seni Vokal
lahir daripada pita suara yang boleh memberi kepuasan kepada pendengar. Setiap
seni vokal itu berbeza mengikut masyarakat. Dalam masyarakat Melayu terdapat
seni vokal tanpa muzik dan seni vokal yang bergabung dengan muzik.
Seni Vokal
tanpa muzik yang sering dinyanyikan dalam masyarakat Melayu ialah :
- Endoi atau dendang Siti Fatimah dan ulit anak
Endoi atau
dendang Siti Fatimah terkenal di negerii Perak, Selangor dan Negeri Sembilan
manakala ulit anak dinegeri Terengganu. Biasanya dilagukan dalam upacara
berbentuk keislaman seperti menyambut kelahiran anak atau upacara bercukur
kepala.
- Nazam atau naban
Berasal
daripada Terengganu, Pahang dan Melaka. Dikarang dalam Bahasa Melayu yang
mengisahkan riwayat Nabi Muhamad, para Nabi Allah dan para sahabat Rasul.
Persembahan yang tidak disertai alat muzik ini memerlukan kemerduan suara.
- Marhaban, nasyid dan qasidah
Merupakan
nyanyian keagamaan. Marhaban ialah pujian kepada Nabi Muhamad dan dinyanyikan
dalam Bahasa Arab. Nasyid ialah nyanyian dan berbentuk dakwah Islam iaitu
terdapat dalam senikata Arab dan Melayu. Qasidah biasanya dinyanyikan dalam
bahasa Arab yang mengandungi puisi memuji Nabi Muhamad dan para sahabat.
- Lagu yang digabungkan dengan muzik
- Dikir
Dikir
dikenali dengan pelbagai nama seperti dikir maulud, dikir Pahang, dikir Rebana
dan dikir berarak. Dikir-dikir ini dilagukan dengan iringan pukulan rebana atau
kompang.
- Hadrah
Sejenis
nyanyian yang berasal daripada dikir. Dinyanyikan dengan iringan sejenis alat
bercorak rebana yang hampir sama dengan kompang.
- Beduan
Sejenis
naynyian rakyat negeri Perlis dan diringi dengan bunyi-bunyian gendang. Beduan
mempunyai persamaan dengan bentuk zikir dan burdah yang diringi dengan pukulan
rebana.
- Dikir barat
Sejenis
nyayian yang terkenal dinegeri Kelantan. Nyanyiannya diringan dengan pukulan
rebana.
- Ghazal
Sejenis
puisi Arab yang berbentuk percintaan. Ghazal dinyanyiakan dengan iringan alat
seperti syeringgi, sitar, harmonium dan tabla.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar