SENI RUPA
Seni rupa
dalam masyarakat melayu meruapakan ciptaan yang megandungi unsur-unsur seni
yang dihasilkan oleh orang melayu melalui ukiran, anyaman, tenunan, seni bina
dan sebagainya.
SENI UKIR
Seni Ukir dalam masyarakat melayu mempunyai hubungan rapat
dengan hasil-hasil kerja tangan yang dicipta melalui kepandaian mengukir.
Ciri-ciri ukiran itu dihasilkan melalui ukiran timbul, ukiran terbenam, ukiran
tebuk dan ukiran timbus.
SENI KRAFTANGAN
Seni kraftangan adalah hasil seni yang dicipta untuk
digunakan, tetapi digubah dengan memasukkan unsur-unsur seni untuk memberi
bentuk yang indah dan menarik hati. Penciptaan kraftangan itu memerlukan
keahlian dan kecekapan dalam penggunaan bahan-bahan asas yang teratur sejak
dari proses awal hinggalah sesuatu hasil kraftangan itu tercipta. Proses
penciptaan kraftangan tersebut memerlukan daya estetika demi untuk memberikan
rekabentuk yang indah dan menarik.
SENI TEMBIKAR
Seni tembikar merupakan sejenis hasil kraftangan orang melayu
yang menggunakan tanah liat yang dibakar dan digilap. Reka bentuknya dicipta
berdasarkan fungsi sesuatu barang itu seperti periuk nasi, bekas air, bekas
mennyimpan makanan seperti jeruk, pekasam dan lain-lain. Perusahaan membuat
tembiran secara tradisoanl ini masih dilakukanoleh orang melayu khususnya di
Sayung, Perak.
SENI ANYAMAN
Menganyam meruapakn proses menjalin jaluran daun, lidi, rotan,
akar, buluh dan beberapa jenis tumbuhan yang lain. Beberapa jenis reka bentuk
kraftangan dihasilkan melalui nyaman demi untuk mencipta sesuatu alat keperluan
harian contohnya mengahsilkan topi, tudung saji, bakul dan mengayam tikar untuk
mengalas tempat duduk.
TEKATAN
Tekatan dikenali juga dengan nama suji dan merupakan sejenis
seni kraftangan yang popular dalam masyarakat melayu. Tekatan menggunakan kain
baldu sebagai kain dasar dan bentuk hiasannya mengambarkan rekabentuk bunga dan
pohon – pohon. Tekatan digunakan untuk membuat kasut , kipas . muka bantal dan
balutan tepak sirih. Hasil tekatan ini dibuat bagi tujuan upacara tertentu
seperti dijadikan hiasan pada upacara perkahwinan , upacara berkhatan ,
pertabalan raja dan upacara – upacara kebesaran yang lain.
SENI TENUNAN
Seni tenunan terbahagi kepada tiga jenis iaitu tenunan biasa ,
tenunan ikat celup dan songket. Tenunan songket merupakan tenunan yang paling
lengkap dan cantik. Tenunan ini merupakan satu perkembangan daripada proses
tenunan biasa. Sementara tenunan ikat pula dipercayai berkembang di istana raja
– raja. Penciptaannya lebih rumit terutama dalam proses menyongket solek atau
menyolek. Jenis kain tenunan ini dikenali juga dengan panggilan kain benang
emas.
SENI BATIK
Batik merupakan seni tekstil yang dihasilkan melalui proses
menerapkan lilin dan mencelup kain. Pada permulaannya kain putih yang hendak
diproses menjadi kain batik itu direbus dan dikeringkan. Kemudian kain batik
itu diterapkan dengan blok tembaga yang dicelupkan ke dalam lilin cair yang
dipanaskan. Selepas diterapkan kain itu akan diwarnakan dengan cara celupan
yang berperingkat – peringkat. Selanjutnya kain itu direbus dan divasuh
sehingga bersih lalu dijemur hingga kering.
SENI TEMBAGA
Seni tembaga merupakan satu lagi kraftangan orang melayu. Seni
ini diperkenalkan denagn tujuan untuk mencipta alat-alat daripada tembaga yang
canti dan indah bentuknya. Alat-alat yang dicipta dalam proses seni tembaga ini
digunakan dalam upacara-upacara adat khususnya diistana raja-raja melayu
seperti alat-alat pertabalan raja, upacara perlkahwinan atau upacara diraja yang
lain. Alat-alat tembaga ini digunakan sebagi hiasan atau perkakasan kegunaan
dirumah seperti dulang, tempat letak sireh, sudu, tempat bara, bekas perenjis
air mawar dan sebagainya
SENI BINA
Reka bentuk seni bina melayu lahir daripada bentuk rumah-rumah
yang menjadi tempat penginapan orang melayu. Walaupun terdapat berbagai jenis
rumah melayu namun struktur binaanya tdiak banyak berbeza . Reka bentuk
rumah-rumah melayu juga meperlihatkan wujudnya unsur-unsur seni bina dari
daerah-daerah lain dialam melayu atau dari luar alam melayu. Contohnya
rumah-rumah orang melayu di negeri Sembilan adalah bercorak seni bina rumah
minangkabau
Tidak ada komentar:
Posting Komentar